fbpx

Suami Maria Farida Lapor Polis Kerana Dilanggar Bekas Isteri

Suami pelakon terkenal Maria Farida, Datuk Rahman Shakur semalam mengambil keputusan untuk membuat laporan terhadap bekas isterinya yang dikatakan melanggarnya sehingga mengalami kecederaan di belah kaki kiri dan tangan beliau.

BACA: Maria Farida Pertahan Suami, Dakwa Anak Dihasut

Memetik laporan Media Hiburan, Datuk Rahman Shakur telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 4 petang semalam. Pada masa yang sama, bekas isterinya Karen Rayyan turut berbuat demikian pada jam 5.30 petang bagi mempertahankan diri.

Menurut Karen, beliau tidak melanggar lelaki terbabit sebaliknya beliau hanya cuba mempertahankan dirinya untuk menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka. Kejadian terbabit menyebabkan Rahman secara tidak sengaja terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Sebagai rekod, kes Rahman dan Karen akan dirujuk ke pihak mahkamah bagi tindakan lanjut mengenai proses hak penjagaan anak mereka. (rkty/w)