fbpx

Stesen TV Rancang Program Realiti Keluarga Emma Maembong?

Kalau benar seperti apa yang dikhabarkan, nampaknya trend program realiti TV yang khusus untuk seseorang selebriti itu sudah bermula di Malaysia. Selepas Nur Fazura berjaya tampil dengan Facing Up To Fazura di E! News, nampaknya kini giliran Emma Maembong pula.

Namun bukan di E! News, khabar terbaru mengatakan yang sebuah stesen TV tempatan berminat untuk menerbitkan program realiti televisyen khas berkisar keluarga besar Emma Maembong dan sesuai dengan nama pentas mereka, program ini akan dikenali sebagai The Maembongs.

BACA: Zizan Razak Akui Hubungan Sudah Pulih, Kembali Bersama Emma Maembong

Umum pun sudah sedia maklum yang hampir semua adik beradik Emma Maembong terlibat dalam duna seni secara langsung atau tidak. Cacha (adik), Shikin dan Yaya (kakak) terkenal sebagai pelakon. Abang mereka Bakri pula pemain muzik.

Ayah mereka, Ismail Embung pula merupakan pelukis terkenal negara dan semakin dikenali dalam khalayak peminat hiburan sejak akhir akhir ini kerana isu anak perempuannya.

Mesti menarik untuk ditonton program realiti TV The Maembongs ini jika ianya menjadi kenyataan lebih lebih lagi dengan barisan adik beradik yang cantik cantik belaka — apa yang lebih kami tunggu sebenarnya adalah lebih drama, Heh. (rtky/m)