fbpx

Siti Saleha Tidak Mahu Terpalit Gosip Murahan

Salah seorang pelakon utama dalam filem Langit Cinta Siti Saleha memberitahu dia tidak mahukan sebarang gosip murahan yang boleh menjatuhkan karier seninya.

BACA: Siti Saleha Ada Cara Tersendiri Elak Kontroversi

“Saya seorang yang sangat simple, suka membuat perkara-perkara seperti orang lain juga buat. Rasa senang sekiranya tidak terpalit dengan mana-mana gosip murahan dalam kerjaya saya,” katanya yang ditemui semasa Majlis Tayangan Perdana Filem Langit Cinta.

Tambahnya lagi, dia tidak perlukan sebarang gosip tetapi percaya pada bakat yang dikurniakan Tuhan serta meletakkan dirinya untuk menjadi lebih eksklusif.

“Kita mesti percaya pada bakat sendiri. Selain itu kita perlu menjaga eksklusitiviti yang kita ada,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Siti Saleha kini berulang-alik dari Malaysia ke Jakarta kerana menjalani penggambaran sebuah filem terbitan produksi Indonesia bersama-sama pelakon di sana. (rtky/h)