fbpx

Sharifah Shahora Dan Suami Kembali Berdamai

Jika sebelum ini, Sharifah Shahora mendedahkan mengenai kecurangan suaminya,kini perkara tersebut dalam masa yang sama membawa sinar baru di dalam hubungan mereka apabila dia dan suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin kini sudah kembali berdamai.

BACA: Sharifah Shahora Akui Dedah Aib Suami Kerana Terpaksa

“Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini”

“Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami,” katanya mStar Online selain mengharapkan berkat Ramadan menjernihkan lagi hubungan.

Dalam perkembangan lain, Shahora menifatkan perkara tersebut sebagai pengajaran terbesar selain membuatkan mereka berfikir secara lebih matang. Tambah pelakon itu lagi, suaminya itu merancang bercuti bersama anak-anak selepas Aidilfitri nanti.

Shahora dan Mukhriz sudah pun mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008 dan mempunyai dua orang cahaya mata berusia tiga dan tujuh tahun. Semoga hubugan pasangan ini akan bertambah baik dan berkekalan till jannah (rtky/s)