fbpx

Kalau anda peminat filem yang diinpirasikan oleh kisah benar lebih lebih lagi melibatkan konflik peperangan di negara tidak stabil dan bergolak, filem terbaru Michael Bay berjudul 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi ini memang pilihan yang tepat.

Mengambil tempat di Benghazi, Libya sekitar tahun 2012 yang lalu sekumpulan bekas tentera elit telah dipanggil untuk melindungi aset Amerika Syarikat di negara itu yang berhadapan dengan serangan pengganas yang tidak terduga.

720x405-13

Banyak perkara bergantung kepada keberanian enam orang bekas tentera ini.

Filem yang digarap dari buku tulisan Mitchell Zuckoff berjudul 13 Hours: The Inside Account of What Really Happened in Benghazi menjanjikan aksi demi aksi sepanjang penceritaan dengan gaya olahan Michael Bay yang tidak pernah membosankan.

Left to right: David Denman plays Dave "Boon" Benton, John Krasinski plays Jack Silva, Pablo Schreiber plays Kris "Tanto" Paronto and Max Martini plays Mark "Oz" Geist in 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi from Paramount Pictures and 3 Arts Entertainment / Bay Films in theatres January 15, 2016.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti James Badge Dale, John Krasinski, Max Martini, Toby Stephens, Pablo Schreiber, David Denman, Dominic Fumusa, Freddie Stroma dan Alexia Barlier kami sendiri tidak sabar untuk ke pawagam menyaksikan adaptasi kisah benar ini.

Lebih lebih lagi bila kita semua tahu yang filem Michael Bay memang tidak akan banyak bercakap dan hanya akan berikan aksi hebat sepanjang filem dan 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi tidak terkecuali dari naratif yang sama.

13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Mac 2016 jangan lupa ajak kawan ramai ramai, baru syok!