fbpx

Selepas London Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Rancang Tunai Umrah

Baru sahaja pulang dari berbulan madu di London, kini pasangan pengantin baru, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah merancang untuk ke tanah suci Mekah pula bagi menunaikan ibadah umrah, sekaligus menyambung bulan madu mereka. Menurut mereka, perancangan ke Mekah sudah dibuat sebelum berkahwin lagi namun berikutan faktor cuaca, ia tepaksa ditangguhkan.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah

“Saya sudah membuat keputusan untuk menunaikan umrah sebelum berkahwin lagi. Malah kami mahu berbulan madu di sana. Bila sudah berbincang, bulan Januari adalah paling sesuai sebab cuaca pun tak panas sangat dan tak ramai orang. Oleh itu, kami perlu membuat pemilihan tarikh yang sesuai. Manakala, pasal persiapan masih lagi banyak yang belum selesai”

“Harap-harap peminat semua dapat mendoakan rancangan kami dan InsyaAllah jika ada rezeki Allah panggil kami untuk menjadi tetamu Dia, dapatlah kami pergi ke sana dan menunaikan ibadat umrah di tanah suci Mekah,” katanya kepada portal Media Hiburan mengenai perancangan mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Mekah serta menyambung bulan madu mereka disana.

Apabila sudah berkahwin, pasti soalan mengenai anak akan disoal oleh orang ramai berulang kali tidak lama lagi. Sementara itu, Azwan ketika ditanya mengenai perkara ini nampaknya sudah membuat persiapan awal mengenai nama anak pertama mereka nanti. Difahamkan juga jika isterinya hamil anak perempuan nanti, Azwan amat tertarik sekali dengan nama Tatiyana.

Apapun semoga segala perancangan dan urusan yang dirancang oleh pasanyan ini akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar hendakNya. Sesungguhnya niat baik untuk menunaikan ibadah umrah itu akan dipermudahkan segalanya dan semoga diberikan kesihatan yang baik juga untuk pasangan ini supaya ibadah umrah yang dijalankan lancar. (rkty/w)