fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang

Sejujurnya kami tidak mempunyai banyak maklumat tentang resepsi perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz selain mengetahui ianya telah berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei yang lalu — dan ini untuk resepsi sebelah pihak perempuan,

Resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 7 Jun 2014 nanti. Almy Nadia & Fizz Fairuz selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang telah berlangsung di kampung halaman pengantin perempuan pada 26 April yang lalu.

BACA: Almy Nadia Selamat Bergelar Isteri Fizz Fairuz Dengan Sekali Lafaz

Juga kami bukanlah pakar untuk melontarkan pandangan tentang busana rona kuning yang dikenakan pasangan ini pada majlis tersebut yang pada hemat kami cukup kena & sepadan untuk mereka berdua yang tampil bak raja sehari.

See? Just enjoy the pictures, terima kasih kepada jurugambar di sebalik The Permaisuris yang berkongsi detik istimewa pasangan ini menerusi Instagram. (rtky/m)