fbpx

Sekitar Majlis Sanding Hanis Zalikha, Hairul Azreen

Pada hari ini telah berlangsung majlis persandingan bagi pasangan Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis yang cukup meriah itu turut dihadiri rakan selebriti selain turut menjemput Jihan Muse dan Nabil Ahmad selaku pengacara majlis.

BACA: Hanis Zalikha & Hairul Azreen Sah Bergelar Suami Isteri

Semalam telah berlangsung majlis pernikahan pasangan ini di kediaman pengantin perempuan dan Hanis telah menerima wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. Hairul turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300.

Pasangan itu dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali selepas solat Jumaat pada jam 3.50 petang.

Kami kongsikan beberapa keping gambar di sekitar majlis persandingan mereka untuk anda. Memang terasa meriahnya di samping senyuman bahagian pasangan suami isteri ini Enjoice!(rtky/s)