fbpx

Gambar Sekitar Majlis Baby Shower Linda Rafar

Setelah mengambil keputusan untuk kembali berdamai selepas insiden penceraian, Linda Rafar dan suaminya, Syed Aiman baru-baru ini telah mengadakan majlis baby shower dan doa selamat. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

BACA: Linda Rafar Sedia Harungi Kehamilan Tanpa Suami

Lebih unik lagi, majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran rakan dan keluarga selain turut menampilkan tema bertelekung buat wanita. Semuanya kelihatan manis-manis belaka.

Sebelum ini, Linda mengakui dia mengambil keputusan untuk kembali berdamai dan rujuk bersama suaminya adalah kerana masih sayangkan anak. Malah dia juga mengakui tidak matang dan terburu-buru dalam membuat keputusan.

“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya”

“Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” memetik kembali penjelasannya kepada Utusan Online. Kami kongsikan bersama anda beberapa gambar sepanjang majlis doa selamat dan baby shower berlangsung. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Asy Studioz