fbpx

Sekitar Majlis Aqiqah Anak Fizz Fairuz, Almy Nadia

Pada hari ini (Ahad), telah berlangsung majlis aqiqah anak Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia, Nur Afrina Arianna yang diadakan dengan cukup meriah. Arianna dilahirkan pada 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Fizz Dan Almy Nadia Namakan Anak Sulung Nur Afrina Arianna

Selain itu, dalam majlis yang bertemakan warna merah jambu itu, majlis cukur jambul dan aqiqah tersebut turut diadakan buat anak angkat Almy Nadia, Nur Afrina Darwisyah.

Selain ahli keluarga terdekat pasangan ini, rakan artis juga turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Suka sungguh kami melihat wajah gembira Fizz dan juga Almy meraikan anak pertama mereka. Semoga kehadiran Arianna bakal membawa lebih sinar dan kebahagiaan kepada keluarga ini. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: Almy Nadia, The Permaisuris