fbpx

Scha al-Yahya Hamil Anak Kedua?

Terkejut juga bila tengok gambar baru yang dimuat naik di akaun Instagram Awal Ashaari semalam bersama isteri, Scha al-Yahya. Walaupun tidak menyatakan sebarang kenyataan pasti pada gambar tersebut, namun ramai berpendapat pasangan itu bakal menimang bayi kedua.

BACA: Lara Alana Nak Adik, Awal Ashaari Belum Sedia

Menerusi gambar terbabit, Awal telah memuat naik gambar bersama Scha ketika menghadiri sebuah acara hiburan. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah keadaan perut Scha yang agak memboyot ke depan seolah-olah sedang hamil. Tidak pasti berita ini benar atau tidak namun akaun pelakon itu sudah dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat.

Apapun sehingga kini Awal dan Scha masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai gosip yang tersebar ini. Jika benar berita ini, pasti ramai yang tidak sabar menantikan cahaya mata kedua dari pasangan ini. Lepas ini bolehlah Lara bermain dengan adiknya pula. (rtky/w)