fbpx

“Saya Tak Selesa Kongsi Kisah Rumah Tangga”

Kalau masih ingat tahun lalu, rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil pernah dikatakan goyang sehingga Diana hadir ke mahkamah syariah. Tidak mahu urusan rumah tangganya terus menjadi perhatian umum, Diana enggan berkongsikan kisah mereka kepada umum lagi.

BACA: Diana Danielle Nafi Mengandung Anak Ketiga

“Minta maaf. Saya tidak boleh komen hal peribadi sekarang. Itu bukan masalah peminat untuk tahu. Mereka tidak perlu tahu. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam”

“Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi. Saya tidak selesa berkongsi tentang kehidupan peribadi saya. Saya tidak selesa walaupun kami perhatian awam,” jelasnya kepada Projek MMO mengenai kontroversi keretakan rumah tangganya dulu.

Sebelum ini, heboh seketika apabila Diana dilihat hadir ke mahkamah syariah selepas empat tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata. Walaupun tidak mendedahkan sebab beliau ke mahkamah, namun Diana menjelaskan kehadirannya ke mahkamah hanya untuk meminta nasihat. (rtky/w)