fbpx

“Saya Nak Wanita Berharta, Boleh Tumpang Senang”

Jika baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi Arja Lee terpalit dengan videonya berseluar dalam, baru-baru ini melalui Utusan Malaysia, Arja menjelaskan dia merancanng untuk berkahwin dua tahun lagi dan mengakui memilih wanita berharta.

BACA: Arja Lee Nafi Promosi Pakaian Dalam

“Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?”

“Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah”

“Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa,” jelasnya kepada akhbar tersebut.

Jadi apa pandangan anda terhadap pengakuan jujur oleh Arja? Apa pun, semoga segala impian Arja akan tercapai dan dipermudahkan bertemu jodoh. (rtky/s)