fbpx

“Saya Akan Bertudung Bila Betul Betul Bersedia”

Seperti selebriti lain, Anzalna Nasir juga mempunyai perniagaan dengan mengeluarkan jenama tudung sendiri yang dikenali sebagai Anzel Scaft by Anzalna. Malah hasrat untuk mengenakan hijab juga semakin kuat didalam dirinya selepas menceburi bidang perniagaan itu.

BACA: Gambar Sekitar Anzalna Nasir & Keluarga Tunai Umrah Bersama

“Saya memang ada hasrat nak bertudung, bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat. Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, dan kalau boleh jika sudah pakai tudung tidak mahu buka lagi. Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila untuk berubah,” katanya kepada m Star Online.

Mengambil Datuk Aliff Syukri sebagai guru serta tulang belakang pernigaannya, Anzalna berkata walaupun begitu beliau tidak akan membuat perkara-perkara pelik didalam iklan seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Datuk Syukri. Ini kerana beliau bertegas ingin menjadi diri sendiri malah katanya, beliau juga tidak pandai berbuat demikian.

Selain itu, apabila ditanyakan mengenai cahaya mata, Anzalna akui jauh disudut hatinya menginginkan seorang cahaya mata yang boleh menjadi penyeri rumah tangga mereka yang dibina selama tiga bulan ini. Namun bagitu beliau pasrah dengan rezekinya yang mungkin belum tiba dan mengharapkan peminat beliau terus mendoakannya. (rkty/w)