fbpx

“Saya Ada Pujuk Anak Untuk Tinggal Dengan Rozana”

Lagendo rock negara, Awie memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah, beliau telah cuba memujuk anak lelakinya, Putera Ahmad Merrah untuk tinggal bersama bekas isterinya, Rozana Misbun. Namun usahanya gagal sama sekali apabila kanak-kanak itu enggan berbuat demikian.

BACA: Bekas Isteri Awie Mengaku Guna Bomoh

Awie berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Syafiq Norizan jika beliau bersetuju sengaja melanggar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan sementara anak-anak mereka yang dikeluarkan pada 27 Januari tahun lalu.

“Saya sebagai seorang bapa yang prihatin saya ada memujuk beliau untuk tinggal bersama Rozana kerana hubungannya dengan adik-adik lain yang sangat rapat. Tetapi beliau sendiri yang enggan untuk berbuat demikian walaupun telah dipujuk,” katanya kepada m Star Online.

Sementara itu, Awie ketika pemeriksaan sama turut memberitahu pihak mahkamah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha menangis dan meronta-ronta apabila bekas isterinya itu membawa lari kanak-kanak berkenaan dari sekolah mereka kerana tidak mahu mengikut plaintif.

Dalam pada itu, Awie berkata dirinya tidak melakukan kesalahan apabila menyerahkan anak lelakinya itu kepada Rozana kerana beliau sudah pun menfailkan semakan bagi membantah keputusan hak penjagaan anak di Mahkamah Rayuan Syariah pada 21 April tahun lalu, dan masih menantikan keputusan. (rkty/w)