fbpx

Shaheizy Sam, Isteri Tak Bertanggungjawab Isu Baju Raya Tak Siap

Berikutan kegagalan pihak pembekal menyiapkan baju raya pelanggan, pasangan suami isteri, Syatilla Melvin dan suaminya Shaheizy Sam dikecam peminat yang berang kerana belum mendapatkan pakaian raya mereka. Selaku duta kepada butik Elle Zada, Syatilla menjelaskan bahawa mereka tidak bertanggungjawab ke atas perkara itu.

BACA: Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Mahu Anak Cepat

Screen Shot 2016-06-27 at 3.32.10 PM

“Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan. Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja,” katanya kepada m Star Online.

Sementara itu, pengasas butik Elle Zada, Elliyin Razif tampil meminta orang ramai berhenti mengaitkan pasangan selebriti terbabit didalam masalah yang timbul kerana kelewatan pakaian adalah berpunca daripada pihak pembekal. Pada masa yang sama beliau juga memohon maaf terhadap Sam dan Syatilla yang turut terpalit didalam hal ini.

Jelasnya lagi, pihak pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian yang ditempah pada tarikh yang ditetapkan. Bagaimanapun, pihaknya akan mencuba untuk mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan mereka. Namun, walau apa cara sekalipun, pihaknya akan menyelesaikan kelewatan itu sebelum sambutan Aidilfitri nanti. (rkty/w)