fbpx

Sam Bunkface Nasihat Orang Bujang Cepat Kahwin

Setelah merasai sendiri pengalaman bergelar suami isteri, Sam Bunkface kini mengajak orang bujang di luar sana yang mempunyai pasangan kekasih agar cepat berkahwin kerana menyifatkan dunia berumah tangga amatlah menyeronokan.

BACA: Sekitar Resepsi Sam Bunkface & Aida Azira Di Seri Kembangan

“Macam dulu saya ingat boleh hidup sendirian tetapi bila difikirkan kembali kehidupan berumah tangga lebih bagus kerana ada orang jaga serta sayang kita dan saya rasa kehidupan kini semakin terurus walaupun belum ada anak lagi”

“Saya juga berasa perbezaan yang lain kerana bila bangun dari tidur boleh liihat isteri berada di sebelah dan dia menyambut bila balik tetapi saya perlu banyak lagi pengalaman untuk mengharungi alam kehidupan berumah tangga”

“Kini setiap keputusan yang hendak dilakukan saya perlu berbincang dan mencapai persetujuan bersama pasangan kerana itulah sebenar perkahwinan bagi saya”

“Sebelum membuat keputusan saya perlu fikirkan mengenai isteri terlebih dahulu kerana jika kita melakukannya tanpa berfikir mengenai pasagan, kita sebenarnya seorang yang pentingkan diri jadi perkara itu yang saya belajar selepas berkahwin,” katanya kepada mStar Online.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April lalu dan selamt diijabkabul di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan. Malah mereka sempat meluangkan masa bersama-sama di Koh Tao Thailand untuk berbulan madu. (rtky/s)