fbpx

Sam Bunkface Berdebar Nanti Nikah 25 April Ini

Pertama kali melangsungkan perkahwinan, Sam Bunkface tidak dapat menyembunyikan perasaan berdebar dan juga gemuruh apatah lagi waktu pernikahan mereka akan diadakan lebih kurang 3 minggu sahaja lagi. Namun dalam masa yang sama, penyanyi ini tidak sabar menanti detik emas berkenaan.

BACA: Sam Bunkface Mengaku Lebih Sebulan Sudah Bertunang

Vokalis kumpulan Bunkface ini bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira, pada 25 April ini di Dewan Sapura Building, The Mines. Terdahulu Sam mengikat tali pertunangan bersama Aida pada 6 Oktober 2014.

“Saya tidak pernah berkawin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-campur. Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru”

“Alhamdulillah semua persiapan berjalan lancar. Majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building merupakan majlis akad nikah dan resepsi pihak lelaki manakala bagi pihak perempuan pula dijadualkan berlangsung pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka,” katanya kepada mStar Online. (rtky/s)