fbpx

Ruhainies Nafi Gosip Kahwin, Tak Mahu Langkah Bendul

Pelakon Ruhainies yang digosipkan bercinta dengan pelakon kacak, Azrel Ismail sebelum ini telah menafikan perihal tersebut dan menganggap Azrel adalah antara rakannya yang rapat dalam industri.

BACA: Ruhainies Belum Sedia Untuk Tutup Aurat

Menyifatkan gosip yang menyatakan mereka akan berkahwin hanyalah khabar angin, Ruhainies menjelaskan bahawa dia tidak akan berkahwin dalam masa yang terdekat selain turut berharap agara kakaknya, Risteena akan berkahwin terlebih dahulu.

“Saya tak nak langkah bendul kakak. Tapi kalau jodoh dulu kahwin lah. Kakak tidak ada kekasih lagi rasanya. Mak saya pula tidak kisah saya langkah bendul, cuma calon tak ada lagi,” katanya sambil tersenyum.

Ruhainies turut berkata statusnya bersama pelakon Azrel Ismail hanyalah sekadar rakan rapat sahaja, dan menegaskan sekiranya dia bercinta dia sendiri akan memberitahu kepada peminat-peminatnya.

“Saya nak tegaskan di sini kalau betul saya bercinta dengan dia, saya akan bagi tahu, sekarang ini saya hanya berkawan rapat dan dia seorang kawan yang baik,” ujarnya. (rtky/h)