fbpx

Rozita Che Wan Rancang Ke London Untuk Borong Barang Hantaran Kahwin

Bukan Rozita Che Wan namanya jika barangan yang di’pakai bukan dari luar negara dan semua orang tahu London merupakan rumah kedua pelakon popular ini untuk membeli belah.

Untuk persiapan perkahwinan beliau yang di’khabarkan bakal berlangsung pada Disember ini, Rozita Che Wan telah bercadang untuk ke kota London membeli barang hantaran untuk bakal suaminya, Zain Saidin.

“Saya cadang nak beli barang hantaran di London. Sebab kat sana murah. Mungkin saya akan pergi dalam lima hari. Saya pergi mungkin penghujung Oktober ini,” ujar Rozita Che Wan kepada Malaysian Digest ketika di’temui semalam.

Rozita Che Wan juga berkata yang Zain Saidin mungkin tidak turut serta untuk membeli belah di London kerana terikat dengan Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.

Ramai yang masih menanti pasangan ini untuk umumkan tarikh perkahwinan mereka. Menurut pengurus Rozita Che Wan, ketika ini ada lima tarikh dalam senarai mengikut kekosongan dewan & masih menunggu panggilan dari pihak pengurusan untuk mengesahkan tarikh sebenar.

Yang pasti Rozita Che Wan sendiri telah mengesahkan yang majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam bulan Disember 2013 ini.