fbpx

Rita Rudaini Dakwa Laporan Polis Hanya Sandiwara

Setelah Aidil Zafuan membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru pada Khamis lalu, Rita Rudaini menyifatkan tindakan bekas suaminya itu hanyalah sandiwara dan masih tidak mengetahui motif sebenar mereka.

BACA: Aidil Zafuan Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini?

“Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya. Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya”

“Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa. Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja?” katanya kepada Berita Harian.

Tambah Rita, sehingga kini dia masih tidak dapat mengetahui motif sebenar Zafuan dan Zarema sering mengganggu dirinya dan menyatakan dia tidak takut dengan apa yang terjadi kerana tahu Allah maha mengetahui dan maha adil.

“Dia sendiri mengaku kepada saya isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi,” katanya. (rtky/s)