fbpx

Qi Razali Tidak Mahu Tunang Lama-Lama

Menjelang umurnya yang semakin meningkat, Qi Razali mengakui jika boleh dia tidak mahu tunggu lama dalam membina rumahtangga bersama kekasih hati, Nelydia Senrose dan memberi masa sekurang-kurangnya dua tahun.

BACA: Keluarga Tidak Paksa Nelydia Senrose, Qi Kahwin Dalam Masa Terdekat

“Memandangkan Nelydia baru 21 tahun, baru hendak kenal dunia. Jadi rasanya tidak adil pula untuk saya ‘mengikat’ dia ke alam rumah tangga sekarang ini. Mungkin tunggu setahun, dua lagi. Tapi tak bolehlah lama sangat”

“Saya percaya dengan jodoh. Kalau boleh, saya nak perempuan yang sama duduk dengan saya sekarang adalah perempuan sama yang akan duduk di sisi katil apabila saya nak mati nanti. Kalau boleh, nak kahwin sekali sahaja”

“Jadi, biarlah lambat sikit tetapi dengan orang yang betul-betul hendak hidup dengan kita,” kata Qi kepada Mangga Online selain memberitahu bahawa dia memang ada merancang untuk bertunang tetapi tidak mahu bertunang dalam jangka masa yang panjang.

“Memang ada perancangan untuk bertunang. Tapi buat masa sekarang, saya tak nak cerita fasal pertunangan dulu. Kalau bertunang, saya tak suka tunggu lama. Cukup selama enam bulan sahaja,” katanya lagi. (rtky/s)