fbpx

Pitch Perfect 2 Meneruskan Legasi Filem Muzikal & Lebih Kelakar

Sedang dalam dunia sering disogokkan dengan filem superhero yang tidak henti henti, Pitch Perfect 2 hadir dalam waktu yang sangat sesuai buat mereka yang sudah muak dengan filem aksi. Ini sesuatu yang lain daripada lain.

Filem Pitch Perfect ini memang buat kami tersenyum dari babak pembukaan sehingga ke akhirnya — masih penuh dengan persembahan acapella yang menjadi paksi utama filem selain lawak yang tidak putus dari setiap watak sepanjang filem.

https://www.youtube.com/watch?v=HT7lh9bqZgk

Lebih lebih lagi Fat Amy (lakonan Rebel Wilson) yang kami kira mempunyai peranan yang lebih besar berbanding Beca (lakonan Anna Kendrick) dalam filem ini dan tidak hairan beliau mempunyai barisan peminat tersendiri di luar francais Pitch Perfect.

Apa yang lebih penting adalah melihat bagaimana Barden Bellas kembali bersatu untuk satu pertandingan antarabangsa selepas mereka tidak dibenarkan untuk bertanding kerana ya, anda tahu tentang insiden kostum Fat Amy di hadapan presiden.

Screen Shot 2015-05-25 at 11.06.36 AM

Pertembungan Barden Bellas dan sebuah kumpulan acapella dari Jerman, Das Sound Machine yang dikepalai oleh David Cross juga nampak menarik selepas pemenang antara mereka ditawarkan kupon makan bernilai puluhan ribu ringgit.

Apabila pentas pertandingan di Copenhagen berlangsung, pengarah Elizabeth Banks tidak teragak agak meneruskan legasi pentas dan cabaran yang menarik termasuklah artis jemputan hebat seperti Rosie Perez dan Pentatonix.

https://www.youtube.com/watch?v=onWKs0oN62c

Mahu tahu apa kesudahan filem Pitch Perfect 2 ini dan sejauh mana Barden Bella pergi dalam perjalanan mereka, haruslah anda sendiri tonton filem ini yang masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Jom!