fbpx

Norman KRU Bakal Pengetua Termuda Akademi Fantasia 8?

Ya. Ya kami tahu kami pernah tulis yang Akademi Fantasia 8 (AF8) sudah tidak relevan. Namun, berita perlu juga kami sampaikan.

Sumber terbaru beritahu yang Akademi Fantasia mungkin akan menerima individu termuda untuk menduduki kerusi panas sebagai Pengetua.

Norman Abdul Halim atau Norman KRU kini adalah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios. Beliau di’katakan sebagai calon yang hampir pasti untuk kedudukan ini.

Norman KRU memulakan langkah dalam bidang seni dengan muncul bersama kumpulan KRU pada tahun 1992 yang menjadi fenomena hiburan ketika itu.

Kami masih ingat ketika zaman lagu ‘Ooh La La!’ popular, ada rakan-rakan yang berluma menghafal lirik lagu tersebut untuk tunjuk champion.

Pada usia 37 tahun, jika berita ini benar belaka, maka beliau akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia yang termuda selepas Datin Seri Tiara Jacquelina (42 tahun).