fbpx

Norman KRU: Ada Gerakan Mahu Jatuhkan Zizan

Bercakap berdasarkan pengalamannya sendiri selaku figura awam, Norman KRU merasakan wujud satu gerakan yang cuba menjatuhkan imej dan reputasi pelawak Zizan Razak yang tidak henti-henti dihurung knotroversi.

BACA: Pegawai Astro Buka Mulut Mengenai Hubungan Dengan Zizan Razak

“Saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini seperti ada satu gerakan yang cuba untuk menjatuhkan Zizan.
Bagaimanapun, saya tidak tahu siapa di belakang dia atau mungkin ada orang tidak suka pada dia, itu saya tidak tahu,” ujarnya.

Malah dalam masa yang sama juga Norman menyifatkan spekulasi Zizan dan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin itu sebagai satu perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

“Saya dengar tentang kisah cinta dia, saya tergelak, dan bila saya tahu siapa wanita itu, lagilah saya tergelak. Tidak payah beratkan isu ini”

“Bila orang cari salah dia itu akan membuatkan dia tertekan dan sentiasa melarikan diri. Saya pernah lalui apa yang dia lalui sekarang. Kadang-kadang kontroversi itu berat sangat sampai kita tidak mahu berhadapan dengan orang ramai,” ujarnya.

Tambahnya, jika perkara buruk itu berlarutan ia mampu menyekat bakat pelawak tersebut sebagai seorang pelakon yang baik. (rtky/syfq)