fbpx

Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi

Sebelum ini di laporan yang menyiarkan bahawa pelakon jelita Nora Danish akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan sekarang ini dalam proses menyiapkan barang hantaran.

Bertemunya di majlis berbuka puasa anjuran Air Asia dan Air Asia X di Mandarin Oriental kelmarin telah menjelaskan segala-galanya apa yang dikhabar anginkan itu.

Seperti yang kita ketahui sebelum ini Nora Danish tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung dengan kisah percintaannya bersama kekasih hatinya, Nedim. Ada dikhabarkan juga pada awal tahun ini bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya apabila akan berkahwin tetapi semua itu telah dinafikan sendiri oleh Nora.

“Saya terkejut bila keluar kenyataan yang sebegitu. Saya tidak ada persiapan kahwin yang dilakukan dan tidak pernah letak tarikh apa-apa mengenai perkahwinan,” katanya dalam nada terkejut tetapi masih tersenyum.

Tambahannya lagi, sekiranya diberikan peluang untuk berumah tangga, sudah pasti dia hanya mahukan majlis yang sederhana sudah memadai baginya untuk mengadakan upacara akad nikah sahaja tanpa adanya persandingan.

Pengalaman yang lepas telah banyak mengajarnya untuk bersedia dari segi mental dan fizikal. Apa yang penting dia hanya mahukan baju kahwin dan akan bersedia untuk itu sahaja. Kedua-dua ibubapa Nora dan Nedim mereka cukup memahami dan ‘sporting’ kerana tidak pernah mereka bertanyakan mengenai hubungan mereka dan bagi mereka biarlah masa yang akan menentukan segala-galanya buat pasangan ini.

“Tak payah buat besar-besar atau grand cukuplah dengan majlis yang sederhana dan upacara akad nikah sahaja. Kalau saya bersedia pun dari segi baju kahwin sahajalah. Tetapi masa buat masa sekarang memang tak sedia apa-apa. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh main-main kerana kita mestilah menerima perangai baik buruk kedua-dua pasangan supaya dapat hidup bahagia dengan dia”

”Kedua-dua ibubapa saya dan Nedim pula mereka ‘sporting’ tidak pernah bercakap apa-apa mengenai perhubungan kami. Sekiranya ada jodoh kami akan kahwin dan masa yang akan menentukan segala-galanya,” ujarnya sambil tersenyum.

Nora Danish juga turut memberitahu hasrat hati sekiranya berkahwin dia mahukan seorang anak perempuan pula sebagai penyeri rumahtangga.

“Sekiranya saya berkahwin saya menginginkan seorang anak perempuan pula, ialah saya sudah ada anak lelaki, tiba masanya untuk saya dapat anak perempuan, tetapi itu semua bergantung pada rezeki,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)