fbpx

Nik Michael & Kekasih Bakal Kahwin November Ini

Nama Nik Michael Imran mula mendapat perhatian ketika rancangan MasterChef Malaysia musim pertama sekitar tahun 2011 dan kini mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Nadiah Shahril pada November tahun ini.

Memetik laporan akhbar Kosmo!, Nik menyatakan bahawa mereka kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan namun masih lagi merahsiakan tarikh sebenar majlis perkahwinan mereka akan berlangsung.

“Ya, saya memang akan berkahwin pada bulan November nanti, namun tarikh sebenar majlis itu menjadi rahsia. Saya kira biarlah perkara itu menjadi rahsia kedua-dua belah keluarga sahaja”

“Terus terang majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Saya juga ingin maklumkan bahawa memang tidak menjemput wartawan atau akan mendapat sebarang liputan daripada pihak media kerana menganggap diri saya hanyalah seorang tukang masak dan bukan tergolong dalam golongan artis,” jelasnya.

Selain itu, dalam majlis mereka yang akan diadakan di sebuah hotel, Nik dalam masa yang sama memberitahu bahawa dia sendiri akan menentukan menu yang bakal dihidangkan kepada tetamu pada hari perkahwinannya nanti. (rtky/s)