Nickelodeon Kid’s Choice Awards — Shila Amzah Tercalon Untuk Favorite Asian Act? | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
14 February 2013, 1:02PM

Sebab kami letakkan tanda tanya di’atas adalah kerana sehingga saat artikel ini di’tulis, masih tiada kenyataan rasmi dari pihak penganjur majlis tentang pencalonan Shila Amzah.

Tetapi, menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Shila Amzah memaparkan tweet para peminat beliau yang mengatakan penyanyi lagu Patah Seribu ini telah pun sah tercalon untuk kategori Favorite Asian Act.

UPDATED-1: Shila Amzah sah tercalon dalam kategori Favorite Asian Act untuk Nickelodeon Kid’s Choice Awards 2013 bersama Psy, Han Geng, Sarah Geronimo. Tahniah!

Hari ini, Nickelodeon’s 26th Annual Kids’ Choice Awards telah pun mengumumkan barisan calon untuk kategori utama majlis tahunan itu yang bakal berlangsung pada 23 Mac 2013 nanti.

Dalam satu siaran akhbar kepada para media hari ini, pihak penganjur mengesahkan yang wujudnya kategori tempatan iaitu Favorite Asian Act & Favorite UK TV Show namun masih tiada sebarang pencalonan.

Jika berita ini benar, Shila Amzah merupakan wakil kedua Malaysia selepas Yuna pada anugerah yang sama tahun lalu yang mana ianya di’menangi oleh penyanyi Charice dari Filipina.

Video di’atas? Ya, sebagai ingatan kepada anda semua yang Shila Amzah mempunyai bakat sebenar benar bakat. Cinta boleh di’cari lagi. Heh.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>