fbpx

Keluarga Ashraf Sinclair Bagi Restu BCL Kahwin

Selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dikhabarkan bakal disatukan dengan ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember ini.

Difahamkan, keputusan BCL untuk melansungkan pernikahan sudah mendapat restu daripada keluarga Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

BACA: Bunga Citra Lestari Nikah Di Bali 2 Disember

Memetik laporan Hops.id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair dikatakan telah memberi keizinan untuk Bunga berkahwin serta menitipkan pesanan dan doa buat penyanyi itu.

“Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Allah, agar tetap kuat, sihat, bahagia dan bersyukur,” katanya.

Terdahulu, sumber terdekat penyanyi itu mengesahkan majlis pernikahan pasangan itu bakal berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali.

Untuk rekod, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.