fbpx

Nabila Huda Komen Twitter Johan As'ari: Doakan Hubungan Kami Menjadi

Menjelang hujung minggu lalu, dunia hiburan kecoh dengan kenyataan manis Johan As'ari melalui Twitter buat Nabila Huda yang di'katakan sekadar teman rapat.

Tulisan Johan As'ari membuatkan ramai peminat & pemerhati hiburan mengatakan yang mereka berdua kini sedang bercinta tetapi masih merahsiakan hubungan.

Hujung minggu lalu menerusi Media Hiburan, Nabila Huda memberikan maklum balas beliau berkenaan apa yang di&#03

9;tulis Johan As'ari melalui akaun Twitter beliau.

“Baru pagi tadi saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya”

“Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik,” ujar Nabila Huda.

Anak perempuan Amy Search ini juga menyatakan yang beliau memang banyak mengajar & berkongsi pelbagai perkara dengan Johan As'ari seperti mana yang di'tulis.

“Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain 'just go with the flow'. Doakan sahaja hubungan kami menjadi,” tambah Nabila Huda lagi.

zp8497586rq