fbpx

Mimi (ONE) Akui Sudah Nikah Mei Lalu Atas Permintaan Ayah

Penyanyi Kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi, melalui Harian Metro mengesahkan sudah bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohd Firdaus Hajar, sejak 16 Mei lalu. Majlis tersebut disegerakan adalah di atas permintaan bapanya.

BACA: Mimi One Nation Emcee Bakal Nikah Pensyarah

“Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan. Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah. Mengikut perancangan asal, majlis sepatutnya berlangsung pada November depan,” katanya.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata, selepas 12 hari bernikah, bapanya meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut pada 28 Mei lalu. Menurut Mimi, sehingga hari ini dia dan suami masih belum menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tidak tinggal sebumbung.

Mimi dan Firdaus bakal melangsungkan majlis persandingan pada 7 November ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Mereka bertunang awal tahun lalu yang juga dilakukan tanpa pengetahuan ramai termasuk pihak media. (rtky/s)