fbpx

Maya Matahari Akui Sudah 6 Bulan Tinggal Asing Dengan Suami

Mengakui tidak lagi tinggal bersama suaminya, Maya Matahari akhirnya mendedahkan perkara tersebut malah menyatakan mereka tinggal berasingan sejak enam bulan lalu oleh kerana tidak ada lagi persahaman di antara mereka.

“Kedudukan rumah tangga saya memang tergantung sekarang dan belum ada jawapan yang tepat. Kami sudah tinggal berasingan sejak enam bulan lalu,” jelasnya kepada Harian Metro ketika sidang media baru-baru ini.

Maya sebelum ini popular melalui lagu Matahari mengambil keputusan untuk berdiam diri selain tidak mahu bercerita mengenai keretakan rumah tangga yang sudah dibina sejak 2009. Semoga Maya dan juga suami berjaya menempuhi waktu sukar ini dan bertemu jalan penyelesaian positif satu hari nanti. (rtky/s)