fbpx

Masih Tinggal Bersama, Zain Ruffedge Kini Berusaha Pujuk Bekas Isteri

Selepas membuat keputusan secara baik untuk berpisah pada 13 November, penyanyi & pelakon Zain Ruffedge berkata ketika ini beliau masih tinggal bersama bekas isterinya, Khazmira Anuar dalam usaha untuk memujuk untuk kembali bersama.

Dengan tempoh edah berbaki dua minggu sahaja lagi, Zain berkata beliau kini berusaha untuk memulihkan hubungan dengan isterinya dan jika gagal beliau terpaksa keluar dari rumah tersebut.

“Insya-Allah saya minta doakan kami untuk kembali rujuk dan buat masa ini kami masih lagi tinggal bersama. Sebelum tempoh edah habis lagi dua minggu saya tak berani untuk cakap apa-apa”

“Mungkin bagi orang lain bercerai terus membawa haluan masing-masing, tetapi bagi saya tempoh edah adalah masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan,” ujarnya kepada mStar Online.

Beliau juga menambah yang mereka belum membincangkan perkara berkaitan isu penjagaan anak mereka Arriana Rania, 6 kerana masih tinggal bersama. (rtky/m)