fbpx

Lagi Gambar Percutian Bulan Madu Hanis Zalikha & Suami

Beruntung sekali Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen yang meluangkan masa berbulan madu di Kepulaun Bora Bora, salah satu tempat yang sangat indah di atas dunia. Melalui perkongsian gambar pasangan ini di Instagram, ternyata mereka menghabiskan masa bersama di sana tanpa sebarang gangguan.

BACA: Gambar Percutian Mewah Hanis Zalikha, Hairul Azreen Di Kepulauan Bora Bora

Malah keletah Hairul yang berjaya memancing ikan di sana juga turut mencuit hati peminat di Instagramnya dan juga Hanis. Malah rata-rata komen yang ditinggalkan di laman sosial pasangan ini turut mahu menjadikan Bora Bora sebagai tempat mereka berbulan madu.

Buat Hanis dan Hairul, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan selamat juga menimang cahaya mata tidak lama lagi. Nampaknya mungkin selepas ini, kerisauan ibu Hanis tentang anaknya hamil, mungkin akan menjadi kenyataan. (rtky/s)