fbpx

Kris Dayanti Akui Suami Kuat Cemburu, Letak Syarat

Selapas hampir empat tahun berehat dari dunia nyanyian, diva popular Indonesia, Kris Dayanti kini kembali aktif. Membuat kemunculan semula menerusi album Persembahan Ratu Cinta, figura yang lebih mesra di sapa sebagai KD ini tampil dengan single terbaru berjudul Bertubi-tubi.

Nah, ibu anak empat ini kembali ‘dapat’ mikrofon, kembali beraksi di pentas sekaligus kembali menghiburkan para peminatnya. Namun, kembalinya Kris Dayanti ke persada seni suara sebenarnya bersyarat — ditetapkan suaminya.

“Suami saya, dia cemburu dengan waktu saya. Begini, kalau saya menyanyi, masa saya untuk keluarga sudah terpaksa dibahagikan. Jadi suami cemburu pada sebahagian masa saya di luar. Kerana itu dia memberikan syarat kepada saya. Katanya, saya tidak boleh menyanyi hari-hari. Harus ada masa bersama keluarga. Malah katanya, kalau album kali ini tidak sukses, saya harus berhenti saja dari menyanyi (gelak)”

“Saat saya suarakan padanya yang saya mahu kembali menyanyi, pada mulanya sukar untuk dia benarkan. Selapas hampir empat tahun berehat dari dunia nyanyian, diva popular Indonesia kini kembali aktif. Membuat kemunculan semula. Sehingga sekarang pun dia banyak mempersoalkan mengenai situasi kerja saya”

“Seperti hari ini, dia tidak biasa berdepan dengan media. Setiap kali dia bertanya, saya jelaskan satu persatu. Sambil itu dia belajar lebih memahami dunia kerjaya saya. Sekarang ini juga dia sudah buka sebuah syarikat rakamana iaitu Raya Music dan sedang belajar selok belok dunia perniagaan hiburan,” kata Kris Dayanti ketika ditemui pada pelancaran album terbarunya.

Rakam Video Muzik Di Kota Paris Bersama Anak

Pada majlis tersebut, KD yang turut ditemani suaminya, Raul Lemos menyatakan rasa teruja dan sebak dengan penghasilan klip video single terbarunya itu.

Menariknya, klip video yang menjalani penggambaran di kota Paris itu menggambarkan bertapa dalam perasaan cintanya terhadap suami dan anak-anaknya. Bahkan dia seakan tidak mampu meneruskan kehidupan tanpa kehadiran keluarga tercinta.

Lebih istimewa, muzik video tersebut dilancarkan buat pertama kali di Malaysia dan bukan di Jakarta. Kata KD, dia memilih untuk melancarkan muzik video berkenaan di sini sebagai tanda penghargaanterhadap peminat-peminatnya di Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong kariernya.

“Muzik video ini mengbadikan saat saya, suami dan aanak-anak saya bercuti di Paris. Kalau saya boleh berkongsi, seperkara yang buat saya berasa sangat istimewa iala apabila saya menjadi seorang ibu. Di samping suami dan anak-anak, hidup saya lebih berwarna”

“Walaupun saya melalui pelbagai dugaan yangg datang bertubi-tubi, tapi saya tidak pernah berasa keseorangan kerana saya sentiada mempunyai keluarga, ibu serta kakak saya yang menyokong”

“Lagu ini dicipta oleh Melly Goeslow. ‘Bertubi-tubi’ merupakan ssatu semangat yang luar biasa untuk saya sebarkan pada masyarakat dan memberi mereka inspirasi bahwa derita itu pasti akan berakhir satu hari nanti dan kebahagiaan pasti akan muncul. Saya rakamkannya sewaktu saya hamil 7 bulan. Sementara gambar pada kulit album ini pula saya rakamkan ketika saya kandungan saya mencecah 8 bulan,” katanya.

KD dan Raul berkahwin pada 24 Mac 2011. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos. Penyanyi yang juga popular dengan lagu ‘Aku Wanita Biasa’ ini sebelum ni mencetuskan kontroversi kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah.

Terdahulu, KD telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang. (rtky/fr)