fbpx

Kontroversi kemenangan lagu Terukir di Bintang nyanyian Aizat di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) semakin menjadi jadi tatkala Zed Zaidi meluahkan rasa geramnya di laman twitter berkenaan isu Uji Rashid disingkir di saat akhir.

Dia menyuarakan pendapat dan mendesak pihak penganjuran TV3 memohon maaf secara terbuka kepada artis veteran Uji Rashid berkenaan dengan isu penukaran penyanyi itu disaat akhir.

“Kesian saya tengok Uji yang sudah pun membuat persediaan awal seperti menempah baju, datang rehearsal dan membeli ubat semata-mata untuk jayakan persembahan tersebut”

“Saya difahamkan sendiri pada mulanya dia menolak pelawaan Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut namun disebabkan rasa kasihan kerana Yuna sendiri memberitahu dia amat menyanjungi bakatnya dia lakukan juga”

Ujar Zed Zaidi selaku Presiden Seniman yang begitu tegas menjalankan tugas, dia memberitahu Rotikaya bahawa kemenangan Aizat setelah kontroversi lagu Yuna itu mungkin untuk menutup malu mereka setelah dikecam pelbagai pihak.

“Pada saya ini bukan salah pihak pengurusan Yuna mahupun pihak teknikal seperti Ramli MS kerana pada saya kuasa untuk membuang dan menukar semuanya terletak di tangan pihak stesen TV3”

“Kemenangan yang terjadi hanyalah untuk menutup malu mereka sahaja”

“Sehingga kini, saya masih belum baca mereka (pihak penganjur) memohon maaf secara terbuka mengenai isu ini setelah Uji Rashid sendiri menitiskan air mata diperlakukan sedemikian rupa”

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepad Zed Zaidi yang setia memantau pergerakan industri seni dan lantang bersuara membantu golongan veteran seperti Uji Rashid!

Sehingga kini, masih belum dapat menghubungi pihak stesen TV3 dan tidak dapat mengambil kenyataan mereka berkenaan isu Zed Zaidi ini.