fbpx

Justin Bieber, Selena Gomez Putus Cinta?

Justin Bieber, Selena Gomez Putus Cinta?Bukan kali pertama gossip pasangan ini berpisah di’bicarakan oleh media & para peminat. Tahun ini sahaja rasanya sudah masuk kali ketiga. Dugaan sebagai superstar.

Digital Spy hari ini melaporkan yang sekeping foto di’muatnaik sendiri oleh Justin Bieber dengan caption ‘Lingse’ di’katakan kiasan tentang hubungan beliau ketika ini.

Dan, semestinya peminat Justin Bieber yang berfikiran kreatif berkata ‘Lingse’ adalah perkataan lain untuk single, bermakna hubungan dengan Selena Gomez kini berakhir.

Gambar tersebut bagaimanapun tidak dapat bertahan lama di Instagram sebelum di’padam & di’gantikan dengan sekeping gambar lain — kali ini dengan caption ‘Just me’.

Gossip putus cinta ini turut di’sokong dengan fakta yang Justin Bieber dan Selena Gomez sejak akhir akhir ini jarang di’lihat bersama. Berita baik untuk fanatik Justin Bieber? Heh.