Jual Bedak Sejuk, Azza Elite Digelar Artis Kampung
Oleh RTKY Staff pada
21 April 2017, 11:04AM

Mula menjalankan perniagaan menjual bedak sejuk, penyanyi Azza Elite sering digelar artis kampung kerana apa yang diusahakannya itu malah dia sedikit pun tidak malu dengan gelaran tersebut.

BACA: Azza Elite Redha Keguguran Kali Keempat

“Buat apa nak malu? Sebaliknya saya bangga dapat keluarkan produk dengan label sendiri. Malah dengan hasil jualan bedak sejuk juga saya dapat kembangkan perniagaan termasuk mengeluarkan pakaian dengan jenama sendiri”



“Selalu juga orang tegur kenapa artis jual bedak sejuk, kononnya tak ada standard. Tapi saya ambil semua teguran itu secara positif, teguran begitu buatkan saya lebih kuat untuk berusaha majukan perniagaan,” katanya kepada mStar Online.

Apa pun, tahniah kepada Azza Elite kerana berjaya menghiraukan perkara negatif sepanjang menjalani kehidupan. Mana mungkin mulut orang dapat ditutup dan apa yang penting adalah kita dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa menyusahkan mana mana pihak. (rtky/s)


Komen & Lain-lain
15 komen untuk “Jual Bedak Sejuk, Azza Elite Digelar Artis Kampung
  1. Kak NaM says:

    Bedak sejuk yg you jual ok ape….wangi…faye pun pakai..mmg sejuk muka!!

          1. Dedaun Comel says:

            Alahai biar la dia jual bedak sejuk kan.. dah rezeki dia

  2. mizz says:

    bedak sejuk penyeri muka bagi orang2 dulu kala. Masih releven dan masih orang pakai. Teruskan jualan sbb masih ada permintaan org ramai terutama yg berkulit sensitif.

  3. brutal utara says:

    Bedak sejuk azza jual jntan pun suka tempek kt muka tau.. tambah seri.

  4. Kirana says:

    Tak abis2 ngan faye, kak nam ni. Suku sakat faye kot.

    1. brutal utara says:

      Kak Nam kan minat gilak kt azmi…. nk jd madu faye la tuuuuuu

      1. Ayam says:

        Dia bini first azmi

        1. brutal utara says:

          Patut la.. mesti Azmi duk tempek bedak sejuk kt kak Nam,tu yg duk tergila² kt azmil tuuu

  5. sakit mata says:

    Baru tau yang Mok Cun tiru biz Azza…

    1. Sepiahsendusenda says:

      Azza elite kene join erma fatima la berlakon dlm cerita mokcun.baru the real bedak sejuk businesswoman.semoga sukses sentiasa.amin

  6. Ayam says:

    Tak lama lagi faye buat business export bedak sejuk jenama “bini No 3″…pakai lah bedak sejuk jenama bini No 3 nescaya boleh caras laki orang.

  7. Muhammad.Alit says:

    Artis kampung itu bagus.Apa yang penting ialah janganlah menjadi artis yang lupa kampung halaman sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *