fbpx

JAWI Gesa Umat Islam Boikot Program Realiti TV

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi khutbah Jumaat hari ini menyeru supaya umat Islam di Malaysia memboikot program berbentuk realiti televisyen yang disiarkan stesen TV tempatan kerana isinya tidak bertepatan dengan kehendak agama dan boleh melalaikan.

Dalam khutbah bertajuk Jihad Menentang Kebatilan itu, JAWI menegaskan yang kebanyakkan program realiti TV ketika ini menggalakkan sifat cintakan dunia dan memesongkan akidah para remaja khasnya yang menjadi sebahagian besar penonton rancangan sebegitu.

“Selain itu, realiti TV sering juga mengeluarkan unsur-unsur negatif seperti membuat jenaka lucah, mendedahkan aurat, lelaki berpakaian seperti wanita dan sebagainya. Penting untuk kita emngawal anak-anak dari hiburan mengganggu dan membentuk mereka untuk berminat dalam hiburan yang berdasarkan undang-undang Islam”

“Marilah kita memboikot rancangan seperti itu,” ujar kandungan khutbah tersebut. (rtky/m)