fbpx

Izara Aisyah: Soal Kahwin Kena Tanya Adib

Baru-baru ini, adik kepada Adib Khalid iaitu Asyraf Khalid sudah pun selamat dinikahkan dan majlis yang berlangsung di Hotel Majestic itu turut dihadiri rakan selebriti yang lain. Sementara itu, pelakon Izara Aisyah yang menjalin cinta bersama Adib tidak dapat lari daripada soalan mengenai giliran mereka pula.

BACA: Izara Aishah Lakonkan Babak Seksi Kerana Terpaksa

“Soalan itu kena tanya Adib,” jelas Izara ketika ditanya oleh BH Online ketikad di majlis berkenaan baru-baru ini. Menurut Izara, ramai juga tetamu yang turut bertanyakan soalan itu kepada mereka. Maklumlah, bila adik langkah bendul, pastinya abang dan juga pasangan akan diasak soalan yang sama bertubi-tubi.

Dalam majlis itu, Muhammad Asyraf Khalid sudah sah bergelar suami kepada model dan pelakon dari Indonesia, Nurtria Wulandari Ariffin. Selain rakan selebriti, majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semoga Asyraf dan pasangan akan terus kekal bahagia dan semoga segala persiapan Adib dan juga Izara dalam menanti hari mereka nanti akan dipermudahkan. Kami percaya pasangan ini tidak akan merahsiakan sebarang berita mengenai pernikahan mereka apabila tiba waktunya. (rtky/s)