fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.538)

VIDEO HARI INI: Sedikit terlambat namun video ini harus anda tonton untuk menghargai pekerjaan paling payah & tidak berbayar di dunia. Kami sayang mak.

Kes saman pelakon Hanez Suraya terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah menerusi laman sosial telah diselesaikan secara baik namun kedua dua belah pihak tidak mendedahkan terma penyelesaian. – Sinar Harian

Selepas berpisah sejak tahun 2012 yang lalu, sekarang ini baru pasangan Will Arnett dan Amy Poehler memfailkan penceraian di mahkamah dan mereka mencari hak jagaan bersama untuk dua orang anaknya selain hak melawat. – People

Model terkenal, Kate Upton sebelum ini dikatakan memberikan kenyataan yang beliau mahukan payudara lebih kecil menyelar laporan media dengan berkata beliau sukakan keadaan badannya sekarang dan tidak mahu apa apa berubah. – NY Daily News

Penyanyi dan pelakon drama Gu Family Book, Bae Suzy (miss A) dikritik selepas dilihat hilang fokus dan tidak mampu memberikan ucapan yang baik ketika menerima anugerah di pentas 2013 MBC Drama Awards baru baru ini. – Soompi

Pasangan Mila Kunis & Ashton Kutcher dilaporkan bakal menyambut kelahiran seorang bayi perempuan selepas beberapa sumber terdekat memaklumkan kepada media di Hollywood. Mesti comel! Yang penting bila hendak kahwin? – Us Magazine