fbpx

Hans Wong: Beri Tasha Shilla Masa Jelaskan Status Hubungan

Teman lelaki kepada aktres Tasha Shilla iaitu Hans Wong meminta pihak media bertanya sendiri kepada selebriti berkenaan berhubung spekulasi bahawa hubungan cinta mereka dikatakan telah berakhir walaupun sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

BACA: Tasha Shilla Putus Cinta, Batal Kahwin Bersama Hans?

“Saya tidak ada apa mahu komen mengenai perkara itu. Lebih baik tanya Tasha sendiri,” katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak mahu membuka mulut tentang hal peribadi mereka kepada umum kerana dia bukan seorang selebriti.

Terdahulu, pasangan berkenaan yang menjalinkan percintaan sejak 2013 dilaporkan sudah berpisah dan ia dikatakan berpunca daripada perbezaan agama.

“Biarlah dia bertenang dahulu. Mungkin jika dia sudah bersedia, dia akan menjelaskan kepada pihak media. Maafkan saya kerana tidak dapat mengulas apa-apa mengenainya,” katanya sambil menjelaskan agar memberi masa kepada Tasha. (rtky/syfq)