fbpx

Hamil Kembar, Erin Malek Kini Rehat Dari Berlakon

Mahu menumpukan perhatian kepada kesihatan kandungan, Erin Malek mengakui ketika ini dia memang tidak terlibat dengan mana-mana produksi dan lakonan namun dalam masa yang sama bukanlah bererti dia terus hilang dari industri hiburan.

BACA: Erin Malek Kesal Gambar Imbasan Hamil Tersebar

“Kerjaya memang tergendala sekejap sebab pregnant. Bila Erin dah pregnant, Erin bukan fikir pasal diri Erin sahaja. Kita tak nak susahkan orang. Kadang-kadang kita rasa kita boleh buat, tapi bila Erin rasa Erin akan menyusahkan orang, better tak payah buat”

“Erin kadang-kadang bangun lambat sikit, jadi nanti datang lambat, menyusahkan orang. Erin tak nak benda itu terjadi,” jelas Erin.

Selain itu, Erin turut menyatakan bahawa dia kini sedang mengandungkan anak kembar dan apa yang penting bagi dirinya ketika ini adalah sentiasa berhati-hati dan juga memastikan dirinya sentiasa gembira. Tambah Erin, pada mulanya dia geram ketika berita mengenai kehamilannya tersebar.

“Memang Erin mengandungkan anak kembar. Erin bukan marah tapi bila benda sepatutnya kita yang beritahu tapi bila orang lain beritahu dulu, kita rasa macam geramlah, sakit hati. Tapi benda itu tak fikir lama, hari tu je, sekarang dah okay dah,” katanya lagi. (rtky/s)