fbpx

Hafiz Suip: Dugaan Bertunang Lebih Besar Dari Bercinta

Bakal menamatkan zaman bujang pada 14 Mei tahun hadapan (2016) bersama tunangnya Nureffy Jasreel, Hafiz Suip mengakui dugaan ketika bertunang memang lebih hebat mengalahkan situasi mereka ketika bercinta.

BACA: Hafiz Suip Dan Tunang Nikah 14 Mei 2016

“Memang benar, masa bertunang banyak rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi. Bergaduh-gaduh manja tu jangan cakap, lebih hebat dari semasa bercinta. Tapi saya bersyukur kerana apabila bersama dia, saya boleh menjadi diri sendiri”

“Tidak perlu berlakon menjadi orang lain dan dia cukup mengerti tentang diri saya,” jelas Hafiz sambil menyatakan tarikh pernikahannya nanti adalah bersempena hari kelahiran tunangnya itu.

Harapnya Hafiz sabar dalam menghadapi dugaan ketika bertunang ini. Malah peminat pun sudah tidak sabar menantikan mereka berdua naik pelamin da semoga perjalanan dan juga persiapan Hafiz serta Nureffy menjelang hari pernikahan nanti berjalan lancar. (rtky/s)