Gossip: Shahz Jaszle Buat Hal Di Lokasi Rentaz, Mamat Khalid Mengamuk | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
14 September 2011, 6:09PM

Ya. Kami menulis artikel negatif ini kerana Mamat Khalid tidak bawa kami melawat lokasi di Pulau Pinang. #LOL

Al-kisahnya, seorang krew filem yang di’percayai baru habis menjalankan penggambaran mengadu nasib di Forum Cari.

Subjek utama yang menjadi bahan aduan adalah perangai seorang pelakon muda yang di’katakan sering lewat berjam jam lamanya untuk ke lokasi.

Berdasarkan fakta fakta yang di’berikan si pengadu, ramai percaya ini adalah kisah Shahz Jaszle dan penggambaran filem Rentaz arahan Mamat Khalid.

Shahz Jaszle di’katakan bukan sahaja kerap datang lewat ke lokasi, namun sering menghilangkan diri tanpa makluman ketika penggambaran sedang di’jalankan.

Perangai Shahz Jaszle ini bukan sahaja menyusahkan produksi filem Rentaz tetapi di’katakan turut mempengaruhi disiplin pelakon lain yang mengikut jejak langkah beliau.

Krew produksi ini mendakwa pelakon senior yang berlakon sekali dalam filem tersebut lebih jauh berdisiplin berbanding Shahz Jaszle — bagai langit & bumi.

Pada mulanya, sang sutradara Mamat Khalid banyak mendiamkan diri namun apabila perkara sama asyik berulang, amukan & carutan terhadap pelakon muda ini tidak dapat di’elakkan.

Jika ini benar kisah tentang Shahz Jaszle, bukan pertama kali kami dengar aduan sebegini. Ingat lagi Shahz Jaszle lewat ke lokasi Fuhh! yang sedang live di TV3? Hmm.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>