fbpx

Gossip: Perkahwinan Fasha Sandha Dan Rizal Ashram Tidak Mendapat Restu?

Ingatkan sudah berumahtangga, habis tamat sudah gossip yang bakal melanda aktress popular Malaysia ini namun masih ada yang di’perkatakan orang ramai selepas tamat majlis.

Ketiadaan ibu kepada Rizal Ashram (Jejai), Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di’majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara menjadi persoalan yang agak besar kepada sebahagian daripada 300 hadirin yang ada.

Selepas majlis berakhir, timbul andaian mengatakan yang sebenarnya perkahwinan antara Rizal Ashram & Fasha Sandha tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.

Menurut laporan laman berita popular, mStar Online hari ini, Fasha Sandha yang di’temui buat pertama kali selepas hampir seminggu bergelar isteri ini enggan memberikan ulasan lanjut berhubung dakwaan yang timbul.

Apa yang lebih penting sekarang buat Fasha Sandha ialah beliau sedang meniti hari bahagia bergelar isteri kepada Rizal Ashram dan masih belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami’nya — yang di’katakan ringkas & tidak cerewet.