Oleh RotiKaya Staff pada
25 January 2011, 4:01PM

Nampaknya kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai bukan satu satunya kisah yang kami terima.

Ada burung bersiulan di’luar sana tentang aktress popular Malaysia, Nur Fazura atau Fazura tentang kisah cinta’nya.

Rasanya sudah satu Malaya tahu akan kisah percintaan Fazura dengan seseorang yang cukup ternama dari selatan tanah air.

Namun, kisah terbaru yang kami terima, hubungan mereka di’katakan kini hanya tinggal kenangan tanpa sebab yang dapat kami pastikan.

Sepanjang akhir tahun lalu, Fazura di’katakan tiada di bumi Malaysia kerana bercuti ke luar negara untuk mengubat hati yang luka.

Percutian yang di’katakan di’sertai teman lelaki ternama itu sama sekali tidak benar kerana jejaka idaman ramai itu di’lihat menghadiri majlis penting sepanjang ketiadaan Fazura.

Terbaru, Fazura memberi kenyataan yang beliau akan kembali aktif berlakon setelah 2010 merupakan tahun paling selektif untuk beliau.

Hakikatnya, Fazura bukan selektif terhadap watak atau skrip, tetapi agak selesa kehidupan beliau ketika bercinta dengan orang kenamaan tersebut. Setelah semuanya berakhir, masa untuk kembali berdikari.

Entah benar entah tidak hanya tuan badan yang tahu akan hakikat kisah yang kami dengar ini. Tiada salahnya mengaku hubungan sudah berakhir seperti di’lakukan Jejai, mudah.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...