fbpx

Giliran Emma Maembong Hilang 3 Juta Pengikut Di Instagram

Jika sebelum ini akaun Instagram Wawa Zainal telah pun digodam, kini tiba pula giliran Emma Maembong. Apa yang lebih menyedihkan, akaun Emma sendiri sudah pun mengumpul 3 juta pengikut. Menurut BH Online, kini Emma bergerak melalui akaun terbarunya – emma_maembongofficial.

BACA: Pernikahan Kamal Adli, Emma Maembong Semakin Hampir?

“Terkejut sehingga lidah saya kelu tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat kerana Instagram saya itu menyimpan seribu satu memori yang tidak dapat dicari kembali. Saya hanya menyedarinya apabila bangun pagi dan mendapat e-mel berhubung perkara ini”

“Namun, saya redha dan membuat keputusan untuk tampil dengan akaun Instagram baharu. Bukan itu saja, ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan beberapa akaun palsu. Saya tidak mahu ada peminat yang tertipu dan ingin menegaskan akaun baharu rasmi saya ialah @emma_maembongofficial,” katanya.

Nampaknya ini adalah petanda buat barisan selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai agar lebih berhati-hati tentang kata laluan mereka selain perlu peka dengan emel-emel palsu yang memperdayakan mereka. (rtky/s)