fbpx

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak Sulung Fasha Sandha

Semalam telah berlangsung sambutan hari jadi anak sulung pelakon terkenal, Fasha Sandha iaitu Putra Rayfal yang memasuki usia 3 tahun. Majlis meriah itu nampaknya turut dihadiri oleh bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli yang juga merupakan ayah kandung kepada Putra Rayfal.

BACA: Ikuti Muay Thai Rahsia Fasha Sandha Kekal Kurus

Majlis yang berwarna-warni itu kelihatan ceria sekali dengan kehadiran para tetamu termasuk beberapa selebriti tanah air seperti Johan dan isteri, Ozlyn, Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datuk Rita Sosilawati, Eina Azman dan ramai lagi. Malah tidak ketinggalan juga saudara-mara serta rakan rapat Fasha Sandha.

Apa pun selamat hari jadi diucapkan kepada Putra Rayfal dan semoga menjadi anak yang soleh dan mampu menjaga ibunya suatu hari nanti. Dan kepada Fasha, kami ucapkan semoga terus sabar dan tabah menghadapi cabaran dimasa akan datang. Dengan ini, kami kongsikan beberapa gambar disekitar majlis hari jadi Putra Rayfal. Enjoice! (rkty/w)