fbpx

Gambar Terbaru Hetty Sarlene Bersama Kekasih Baru Dapat Perhatian Ramai

Kali terakhir pun kami menulis tentang pelakon dan penyanyi ini adalah pada tahun 2013 yang lalu dan menariknya, ia berkisar kisah yang sama — gambar mesra dengan kekasih hati namun untuk edisi penutup 2014 ini, Hetty Sarlene bersama kekasih baru.

Selebriti itu yang difahamkan kini sudah menetap di negara kelahiran Singapura telah memuat naik beberapa keping gambar terbaru di akaun Instagram beliau dan ianya mula mendapat liputan media dan perhatian peminat, lebih lebih lagi ianya melibatkan adegan mesra.

Mungkin generasi baru peminat dunia hiburan kurang mengenali nama Hetty Sarlene tetapi beliau dahulu pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara selain kerap muncul di kaca televisyen menerusi drama drama arahan Yusof Haslam.

Ramai yang beranggapan Hetty Sarlene sudah berkahwin selepas kerap muncul dengan teman lelaki sebelum ini namun nampaknya beliau masih selesa hidup dengan cara sendiri. Untuk semua peminat, ini gambar terbaru beliau untuk tatapan. Semoga berbahagia! (rtky/m)